BUKIT MERTAJAM: Persatuan Bekas Polis Cawangan Pulau Pinang khususnya Seberang Perai disaran untuk memberi sedikit perhatian dan membela Saleh Lazim, 77, seorang bekas polis bantuan (AC) dizaman darurat tapi telah bertahun-tahun berada dalam keadaan k

Beliau akan merayau dengan pakaian yang tidak terurus di kawasan kampung Machang Bubok. Satu keanihan beliau tidak mengganggu orang awam dan beliau akan bayar apabila makan. Sekiranya tidak cukup belanja beliau akan meminta daripada orang yang dikenali saja.
Wartawan Rakyat sempat menebual rakan sejawatnya Dahaman Awang, 77, bagi mendapatkan cerita peristiwa rakan sejawatnya itu sehingga menjadi tidak siuman.
Menurut Dahaman, beliau dan Saleh telah memasuki pasukan polis bantuan pada dan telah menjalani latihan

“Saya menggunakan no. dan Saleh menggunakan nombor. Selepas menjalani latihan kami dihantar berkawal empangan yang menyalurkan air ke stesen keretapi di atas Bukit Seraya di Machang Bubok.”
“Saya tak lama di situ kemudian di tukar ke Simpang Empat dan Saleh terus kekal di Bukit Seraya sehinggalah beliau menembak seekor kera putih. Mengikut cerita kawan-kawan saya yang berada bersama Saleh waktu itu, selepas beliau menembak kera putih lalu melempar senapang dan berlari turun ke kampung Machang Bubok dan menjadi tidak siuman hingga kini.”
“Semasa kerajaan memberi bantuan sebanyak RM1000.00 bagi setiap anggota pasuk

Menurut Setiausaha JKKK (P), Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, Hj. Mohd Jamin Hj. Ahmad, Saleh Lazim selama ini berada dibawah pengawasaan dan seliaan jawatankuasa ini berhubungan dengan kebajikan dan kesihatan beliau.
“Setakat ini beliau menerima bantuan Jabatan Kebajikan dan pihak JKKK(P) telah me

Jadi sempena sambutan Hari Raya tahun ini saya berharap pihak Persatuan Bekas Polis dapat melakukan sesuatu sekurang-kurangnya sebagai penghargaan terhadap khidmat yang pernah diberi.” Ujar Hj. Mohd Jamin kepada Wartawan Rakyat.
Setiausaha JKKK(P) itu memberitahu Wartawan Rakyat, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, derma atau pun zakat boleh menghubungi beliau di talian 013-3658268.
No comments:
Post a Comment