Monday, June 29, 2020
Monday, November 9, 2015
Friday, November 21, 2014
KAUM NABI LUTH MODEN BERSELINDUNG DISEBALIK AGAMA
DULU semasa mula2 mengenali dunia FB yang telah melalui
pengalaman diganggu manusia dua alam ini. Akhirnya saya remove seorang demi
seorang. dan keadaan jadi reda dan tenang.
Baru-baru ini episod yang sama berulang lagi. Pertama dari
sesaorang yang dah lama jadi kawan saya. Saya pernah chating sekali dengan dia
dan saya nampak dia mirip kearah itu dan selepas itu saya sudah tidak lagi
berminat melayan dia. Dia sering masuk bagi salam... saya jawab dalam hati saja
dan tidak respon di chatbox.
Setelah beberapa kali berlaku macam tu akhirnya dia bagi
salam dan sent gambar dia. Saya diam dan tidak respon. Dan baru2 ini dia ulangi
lagi... lalu saya bertanya untuk apa dia sent gambar dia kepada saya... dia jawab
tersilap sent. Saya kata kalau sekali mungkin ya dan dua kali bukan lagi
tersilap... lalu saya remove dia.
Esoknya datang lagu seorang... terus approce... mengatakan
dia suka tengok saya... bermisai dan berjanggut dan bla...bla... bla. Saya
tidak respon sebaliknya merayap ke wall dia... dan saya dapati salah seorang
kawan saya ada dalam senarai frenlist dia, dan dia ni juga saya remove.
Saya berfikir panjang untuk menulis bukan tujuan mengaibkan
sesiapa kerana saya tidak menyatakan siapa mereka. Saya nak jelaskan yang saya
langsung tidak berminat dan saya tak ragu2 akan remove sesiapa saja yang
menunjukkan sikap sedemikian.
Saya yakin ramai yang melalui pengalaman seumpama ini tapi
mendiamkan diri... jangan diam bagi membendung gejala ini kita perlu
ceritakan... supaya golongan ini tidak bermaharajalela di sini.
Gejala ini memang berluasa dalam media social. Malah yang
paling menghairankan saya ada golongan ini berselindung di sebalik imej Islam.
Terdapat juga yang menggunakan gelaran bapa angkat da nada yang meminta untuk
dijadikan anak atau adik angkat. Gelaran itu bertujuan untuk memesrakan
perhubungan dan kemudiannya mereka akan memasukan jarum halus mereka
mempergaruhi orang yang mereka dekati.
Golongan ini merupakan jelmaan kaum Nabi Luth dulu. Nabi
Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin
Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa
saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu
mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil
dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang
singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat
yang disediakan .
Akhirnya perkongsian
Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka
di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim
di sebuah tempat bernama Sadum.
Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat
moralnya,rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan
yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup
mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di
mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan
perlakuan sewenang-wenang.
Maksiat yang paling menonjol
yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di
kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis
kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya
merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.
Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah
meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan
kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerang kepada
mereka bahawa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak
meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan
tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahawa Allah akan memberi
ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal
soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan
mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.
Allah SWT berfirman: "Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika
ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu
sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi)
nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak
dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)
Sabda pula Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Perkara
yang paling aku takuti menimpa ke
atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang
melakukan perbuatan
seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah,
at-Tirmidzi dan al-Hakim).
Wednesday, November 19, 2014
LOGIKKAH RON95 LEBIH MAHAL?
Pada bulan Oktober lepas Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO ada membuat RASIONALISASI SUBSIDI MINYAK, menurut kerajaan subsidi minyak RON95 dikurangan subsidi sebanyak 20 sen menjadikan harganya 2.30/litre. Manakala diesel pula berharga RM2.20/litre. Kerajaan dikatakan masih menanggung subsidi untuk RON 95 ialah RM0.28/liter dan RM0.32/liter.
HARI INI KERAJAAN TELAH MENURUNKAN HARGA MINYAK RON97 KEPADA RM2.55.
BERDASARKAN PERKEMBANGAN INI MEMBUKTIKAN MEMANG SELAMA INI KERAJAAN BN YANG DITERAJUI OLEH UMNO TELAH MENIPU DAN MEMPERMAINKAN RAKYTANYA SENDIRI. SEKIRANYA RON97 RM2.55 TAK MENGAPA KITA KATAKAN TIADA SUBSIDI DI BERI MAKA MINYAK INI YANG RAMAI MENGATAKAN LEBIH BERKUALITI ADALAH LEBIH MURAH DARIPADA HARGA MINYA RON95 YANG KUALITINYA LEBIH RENDAH.
HARGA RON95 RM2.30/LITRE + SUBSIDI RM0.28/LITRE = RM2.58/LITRE
HARGA DIESEL RM2.20/LITRE + SUBSIDI RM0.32/LITRE = RM2.52/LITRE
LOGIKKAH , HARGA MINYAK YANG DIKATAKAN KURANG SIKIT MUTUNYA YANG DIGUNAKAN OLEH RAKYAT BIASA LEBIH MAHAL DARIPADA MINYAK YANG BERKUALITI? JELAS SEKALI KERAJAAN BN YANG DITERAJUI OLEH UMNO MENIPU RAKYATNYA SENDIRI.
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan
http://www.astroawani.com/…/kisah-minyak-bersubsidi-di-mala…

Saturday, June 22, 2013
Pengamal Perubatan Lebih Prihatin
Pengamal perubatan tidak kira samada klinik kerajaan atau
swasta diingatkan supaya bekerja dengan cukup baik dan lebih teliti kerana
ianya melibatkan nyawa dan anggota pesakit. Harus diingat dengan
kecuaian dan kelalaian pengamal perubatan pesakit mungkin boleh kehilangan
nyawa. Pesakit juga boleh kehilangan anggota atau menjadi cacat.
Apabila pesakit pergi berjumpa dan ingin mendapat rawatan
semak dulu rekod yang terdahulu. Jika sakit yang sama berulang kali maka
pemeriksaan lebih rapi perlu dibuat. Jangan pakai teori yang terdahulu untuk memberikan
ubat yang sama kepada pesakit. Mungkin
betul dan mungkin juga tidak betul teori yang terdahulu.
Menurut Rusni Mahmud suaminya Abd Razak telah lama mengalami
sakit di kawasan hulu hatinya. Setiap kali pergi berjumpa pengamal perubatan
mereka memberikan ubat gasric , angin dan lain-lain. Dan baru-baru ini apabila
dia melihat keadaan suaminya agak lain maka dia membawa suaminya pergi mendapat
rawatan di Kedah Medical Centre (KMC).
Setelah pemeriksaan rapi dibuat mendapati ada batu di
hempedunya. Pihak KMC telah membuat dua pembedahan dan kos rawatan lebih kurang
RM18k. Cuba bayangkan kalau Rusni Mahmud
dan suaminya Abd. Razak tidak punya wang dan kemudahan insuran, tidak mustahil boleh membawa maut. Namun
begitu akibat kelalaian pengamal perubatan yang terdahulu suaminya telah
kehilangan hempedu dan mereka kehilangan RM18k dan lain-lain lagi.
Disamping itu Rusni Mahmud sendiri baru-baru ini merasa sakit betis. Beliau telah
pergi menemui pengamal perubatan kerajaan dan swasta biasa, mereka memberi pelbagai andaian seperti sakit urat dan sebagainya tanpa
membuat pemeriksaan yang rapi. Beliau terus merasa sakit jadi berdasarkan
pengalaman yang dilaluinya bersama suami, lalu beliau sekali lagi mendapat
rawatan daripada KMC dan akhirnya beliau disahkan ada jangkitan kuman di situ.
Cuba bayangkan kalau beliau orang biasa dan ada penyakit kencing manis tidak
mustahil kakinya di potong.
Saya sendiri pernah mengalami sakit yang agak pelik kerana apabila saya bangun tidur tiba-tiba
mulut saya herot dan mata saya terjegil
tak boleh berkejib. Saya pergi mendapat rawatan daripada klinik kerajaan,
pegang saya pun tidak dan bila saya tanya adakah stroke, pengamal perubatan itu
kata tidak dan tidak memberitahu saya apa penyakit yang saya alami.
Akibat tidak berpuashati dengan rawatan itu kerana saya
bimbang terkena stroke lalu saya pergi mendapat rawatan daripada klinik swasta.
Pengamal perubatan telah menjalankan beberapa ujian dan mengatakan penyakit
saya itu bukan stroke tapi di kenali sebagai ‘Bell Palsy’. Beliau menasihati
saya terus mendapat rawatan daripada hospital kerajaan dan melalukan beberapa
perkara kerana menurut beliau penyakit ini tidak ada ubat yang khusus.
Saya balik dan layar internet dan benar penyakit ini tidak ada lagi ubat khusus untuk
menyembuhkannya. Di Amerika Syarikat terdapat lebih 300 ribu orang akan terkena
penyakit ini setahun. Penyakit ini akan baik dalam masa paling awal 3 bulan dan paling
lewat 2 tahun dengan syarat mendapat rawatan yang betul.

Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan dan ada sekali saya bertanya adakah perlu yang mendapatkan khidmat urutan, pengamal perubatan itu melarang. Oleh kerana hendak baik saya terus mendapatkan rawatan daripada mereka dan ikut saja apa nasihat mereka.
Setelah beberapa bulan akhirnya pengamal perubatan merujuk
kes saya ke bahagian mata dan seterusnya saya perlu mendapatkan rawatan
fisioterapi. Saya berulang alik untuk mendapatkan rawatan di kedua-dua bahagian
itu. Pelik bin ajaib apabila saya pergi ke unit fisoterapi mereka mengajar saya
teknik mengurut muka yang perlu saya buat setiap hari. Lantaran itu saya buat
keputusan sendiri dengan mendapat rawatan urut tapak kaki bagi membantu saya merawat sakit yang saya
hadapi.
Cuba fikir saya pernah bertanya pengamal perubatan untuk
mengurut mereka melarang. Cuba bayangkan masa diambil cukup lama untuk
menghantar saya ke unit fisioterapi. Saya yakin jika tindakan menghantar saya
ke unit fisioterapi diambil lebih awal maka sakit saya ini tidak akan
berlarutan.
Persoalannya mengapa harus terjadi semua ini? Pengamal
perubatan perlu lebih peka dan prihatin dalam menjalankan tugas kerana ianya
melibatkan nyawa dan anggota pesakit? Dalam kes yang dinyatakan tadi Rusni Mahmud
dan suaminya Abd. Razak dapat merujuk sakit mereka ke KMC kerana
mereka mempunyai wang dan kemudahan
insuran walaupun agak terlambat tetapi tak terlewat. Dan dalam kes saya kerana
tidak punyai kemudahan insuran dan wang dan terpaksa meneruskan rawatan dengan
hospital kerajaan tapi masih belum bebas sepenuhnya dari sakit ini.
Persoalan yang timbul lagi, adakah hanya orang berwang dan
ada kemudahan insuran saja layak menerima rawatan yang terbaik? Jadi orang
biasa atau orang kampung biasa terpaksa meninggal sebelum ajal dan mengalah sebelum kalah (pinjam kata2 Rusni dalam FB).
JESTERU ITU SAYA AMAT BERHARAP JIKA ADA PENGAMAL PERUBATAN YANG MEMBACA ARTIKEL INI AKAN MENJALANKAN TUGAS DENGAN LEBIH TELITI DAN BERTANGGUNGJAWAB. SAYA JUGA BEHARAP SEKIRANYA TERDAPAT PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN YANG TERBACA ARTIKEL INI MEMBERIKAN PERHATIAN DAN MENYEDIAKAN KOD ETIKA KEPADA PENGAMAL PERUBATAN AGAR NASIB RAKYAT MARHEAN TIDAK MALANG.

Friday, September 17, 2010
ISU PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI
Ambil Iktibar Kes Pembunuhan Jutawan Kosmetik
SEJAK beberapa hari lalu surat khabar di stall penjual surat khabar ‘sold out’. Semuanya berpunca masyarakat hendak mengikuti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lowiya. Kes pembunuhan ini adalah antara kes pembunuhan paling kejam pernah dilakukan di negara ini. Bermula dengan kes pempunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 17 dan setelah itu kes pembunuhan Antantunya Saribu yang diletupkan dengan bom C4.
Artikle ini bukan hendak membicarakan mengenai kes tersebut kerana kes tersebut telah menjadi kes polis. Artikel ini akan membicarakan mengapa kes-kes seumpama ini boleh berlaku. Dirasakan kes ini berpunca daripada sistem pendidikan yang terlalu menitik beratkan soal kelulusan. Sekiranya mendapat kelulusan yang c
emerlang maka sesaorang itu akan memperolihi pekerjaan yang baik dengan gaji yang besar dan akan dihormati oleh masyarakat.
Sementara sikap masyarakat yang terlalu dan teramat menghormati dan menyangjungi tinggi orang-orang yang berpangkat, berkuasa, beharta dan hidup senang dan lenang. Kalau orang macam ini apa saja yang dibuat dan dianggap cukup betul dan jawatan-jawatan penting dalam sesuatu masyarakat semua diserahkan kepada orang jenis ini.
Sementara orang yang berakhlak tinggi dan bermoral baik, bijak dan bertanggungjawab lantaran kerana di bukan datangnya daripada orang yang berpangkat selalu diketepikan.Apa yang dicakapkan oleh orang macam ini walaupun bernas namun tidak dipedulikan. Harus diingat, apa yang berlaku ke atas orang itu adalah ketentuan Ilahi. Mungkin dulu keluarganya susah dan tak mampu meneruskan pengajian menyebabkan keadaan dirinya begitu namun hakikatnya dia juga seorang yang pintar.
Lantaran sistem pendidikan dan sikap msyarakat yang terlalu menyangjungi dan menghormati orang yang berpangkat, berharta dan mempmerkan kemewahan hidup maka ini membuatkan anggota masyarakat berlumba-lumba memburu harta dan kekayaan. Mereka melakukan pelbagai cara dan tidak mengambil kira halal dan haram dan tidak lagi mempedulikan undang-undang baik negara mahu pun agama.
Sikap tamak dan haloba beraja di hati dan bersultan di hati. Mereka sanggup menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai. Jesteru itu diharapkan kejadian pembunuhan kejam jutawan kosmetik ini akan membuka mata masyarakat dan juga kerajaan agar menilai sepenuhnya sistem pendidikan kita. Biarlah pendidikan di sekolah-sekolah bukan saja mengutamakan kelulusan semata-mata sebaliknya memberikan perhatian terhadap soal moral dan akhlak.
SEJAK beberapa hari lalu surat khabar di stall penjual surat khabar ‘sold out’. Semuanya berpunca masyarakat hendak mengikuti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lowiya. Kes pembunuhan ini adalah antara kes pembunuhan paling kejam pernah dilakukan di negara ini. Bermula dengan kes pempunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 17 dan setelah itu kes pembunuhan Antantunya Saribu yang diletupkan dengan bom C4.
Artikle ini bukan hendak membicarakan mengenai kes tersebut kerana kes tersebut telah menjadi kes polis. Artikel ini akan membicarakan mengapa kes-kes seumpama ini boleh berlaku. Dirasakan kes ini berpunca daripada sistem pendidikan yang terlalu menitik beratkan soal kelulusan. Sekiranya mendapat kelulusan yang c
emerlang maka sesaorang itu akan memperolihi pekerjaan yang baik dengan gaji yang besar dan akan dihormati oleh masyarakat. Sementara sikap masyarakat yang terlalu dan teramat menghormati dan menyangjungi tinggi orang-orang yang berpangkat, berkuasa, beharta dan hidup senang dan lenang. Kalau orang macam ini apa saja yang dibuat dan dianggap cukup betul dan jawatan-jawatan penting dalam sesuatu masyarakat semua diserahkan kepada orang jenis ini.
Sementara orang yang berakhlak tinggi dan bermoral baik, bijak dan bertanggungjawab lantaran kerana di bukan datangnya daripada orang yang berpangkat selalu diketepikan.Apa yang dicakapkan oleh orang macam ini walaupun bernas namun tidak dipedulikan. Harus diingat, apa yang berlaku ke atas orang itu adalah ketentuan Ilahi. Mungkin dulu keluarganya susah dan tak mampu meneruskan pengajian menyebabkan keadaan dirinya begitu namun hakikatnya dia juga seorang yang pintar.
Lantaran sistem pendidikan dan sikap msyarakat yang terlalu menyangjungi dan menghormati orang yang berpangkat, berharta dan mempmerkan kemewahan hidup maka ini membuatkan anggota masyarakat berlumba-lumba memburu harta dan kekayaan. Mereka melakukan pelbagai cara dan tidak mengambil kira halal dan haram dan tidak lagi mempedulikan undang-undang baik negara mahu pun agama.
Sikap tamak dan haloba beraja di hati dan bersultan di hati. Mereka sanggup menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai. Jesteru itu diharapkan kejadian pembunuhan kejam jutawan kosmetik ini akan membuka mata masyarakat dan juga kerajaan agar menilai sepenuhnya sistem pendidikan kita. Biarlah pendidikan di sekolah-sekolah bukan saja mengutamakan kelulusan semata-mata sebaliknya memberikan perhatian terhadap soal moral dan akhlak.
Manakala masyarakat pula yang terlalu menyangjung tinggi dan menghormati orang yang berpangkat dan berharta berlebihan. Masyarakat perlu mengkaji sumber-sumber yang menjadikan orang itu hidup senang dan lenang begitu di samping melihat akhlak dan moralnya sebelum memberikan sanjungan dan penghormatan. Jika semua ini dapat dipratikkan baik oleh kerajaan mahupun oleh masyarakat diyakini akan mengelakkan anggota masyarakat menjadi tamak dan haloba.
TELAH DISIARKAN DI UTARA ONLINE
DI UTARA ONLINE SAYA GUNAKAN NAMA PENA NURZAMAN
Thursday, April 23, 2009
POHON LINTASAN PEJALAN KAKI
BANDAR PERDA: PENDUDUK Bandar Perda memohon agar pihak berkuasa untuk membina satu lintasan penjalan kaki di hadapan Apartment Permata dekat sini bagi mempastikan penduduk tempatan lebih terjamin ketika menyemberang jalan.
Menurut Mazlan Mat Saad, 40, kejadian yang menimpa anaknya baru-baru ini dapat membuka mata pihak berkuasa agar melakukan sesuatu bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlulang lagi.

Katanya, anaknya Mohd Faris, 12, telah dilanggar sebuah motorsikal ketika melintas jalan untuk balik ke rumah kira-kira jam 9.00 malam. Anaknya telah mengalami keretakan di tempurung kepada, patah tulang telinga serta luka-luka kecil dibahagian badan.
“Anak saya terpaksa melalui jalan itu untuk pulang ke rumah kerana tiada jalan lain untuk pulang ke rumah. Ketika kejadian itu saya berada di rumah dan diberitahu oleh rakan anak saya yang sama-sama pulang tuisyen.”
“Saya kesal kerana keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan itu tidak diambil kira. Jalan itu sering digunakan sebagai jalan pintas bagi penduduk tempatan untuk ke kedai di hadapan apartment itu.”
“Kenderaan yang melalui kawasan itu seringkali dipandu dengan laju dan tak sempat untuk mengelak jika terlihat orang melintas.” Katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)