Thursday, April 23, 2009

POHON LINTASAN PEJALAN KAKI

BANDAR PERDA: PENDUDUK Bandar Perda memohon agar pihak berkuasa untuk membina satu lintasan penjalan kaki di hadapan Apartment Permata dekat sini bagi mempastikan penduduk tempatan lebih terjamin ketika menyemberang jalan.

Menurut Mazlan Mat Saad, 40, kejadian yang menimpa anaknya baru-baru ini dapat membuka mata pihak berkuasa agar melakukan sesuatu bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlulang lagi.

Katanya, anaknya Mohd Faris, 12, telah dilanggar sebuah motorsikal ketika melintas jalan untuk balik ke rumah kira-kira jam 9.00 malam. Anaknya telah mengalami keretakan di tempurung kepada, patah tulang telinga serta luka-luka kecil dibahagian badan.

“Anak saya terpaksa melalui jalan itu untuk pulang ke rumah kerana tiada jalan lain untuk pulang ke rumah. Ketika kejadian itu saya berada di rumah dan diberitahu oleh rakan anak saya yang sama-sama pulang tuisyen.”

“Saya kesal kerana keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan itu tidak diambil kira. Jalan itu sering digunakan sebagai jalan pintas bagi penduduk tempatan untuk ke kedai di hadapan apartment itu.”

“Kenderaan yang melalui kawasan itu seringkali dipandu dengan laju dan tak sempat untuk mengelak jika terlihat orang melintas.” Katanya.

3 comments:

  1. BUAT LINTASAN PUN, TENTU RAMAI YANG AKAN PILIH LINTAS CARA PINTAS TANPA MENGGUNAKAN JEJANTAS... KADANG-KADANG SAKIT MATA MELIHAT ORANG-ORANG YANG TIDAK SAYANGKAN DIRI DAN NYAWA.
    POLIS BANYAK DI BANDAR PERDA KERANA ADA IBUPEJABAT POLIS DI SITU, TENGOKLAH SAMA KENDERAAN-KENDERAAN YANG MELURU GILA DAN SAMANLAH, BARU ADA YANG RASA TAKUT SIKIT....

    ReplyDelete
  2. dulu pnah ada budak yg da jadi arwah kes yg sama...

    ReplyDelete
  3. Kesiannya kepada mangsa, lebih baik dibendung segera sebelum ramai lagi yang menjadi mangsa.

    ReplyDelete